Monday, January 23, 2012

Pelatih Bank Dirogol Dan Diseksa Penjenayah

Disamun, diikat mata, dikurung, dirogol dan gambar bogel dirakam, adalah detik hitam dilalui seorang wanita yang merupakan pelatih sebuah bank dalam kejadian 9 Januari lalu.

Mangsa yang berumur 24 tahun sebelum kejadian malang itu memandu kereta bersendirian menuju ke Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter Shah Alam di Seksyen 19, kira-kira jam 6 pagi. Difahamkan, setiap hari mangsa menaiki komuter untuk ke tempat kerjanya di ibu negara. Menurut sumber, ketika mangsa baru meletakkan kenderaannya, datang sebuah kenderaan lain dinaiki dua lelaki.

“Suspek menarik keluar mangsa dan terus mengacukan sebilah parang di lehernya. Suspek meminta wang tetapi mangsa mengatakan duit di dalam bank. “Berang dengan pengakuan tersebut, suspek mencabut tudung mangsa dan mengikat matanya. Mangsa dibawa lari menaiki kereta dengan niat untuk membawanya ke bank,” katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun tidak membawa mangsa ke bank, sebaliknya membawa wanita itu ke sebuah rumah yang tidak dikenal pasti.

“Mangsa terus dikurung di dalam sebuah bilik. Kemudian, datang seorang lagi suspek, merogol dan merakam gambar bogel mangsa,” katanya.

Sumber berkata, sebelum didata­ngi suspek ketiga, mangsa dipaksa meminta wang daripada keluarga atas alasan salah seorang penjenayah itu berhutang dengan ah long, RM2,000.

“Selepas dirogol dan diugut, mangsa menelefon teman lelakinya dan meminta wang RM500,” katanya.

Menurutnya, suspek membawa mangsa untuk mengeluarkan wang tersebut sebelum ditinggalkan di Stesen KTM Komuter Batu 3, dalam keadaan tidak bermaya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sumber: Sinarharian

Tuesday, January 17, 2012

Perbezaan Lelaki Dan Wanita Selepas Putus Cinta

WANITA

Sehari Selepas Broke-up

Selepas Beberapa Minggu

Selepas Beberapa Bulan



LELAKI

Sehari Selepas Berpisah

Selepas Beberapa Minggu

Selepas Beberapa Bulan


Betul ke tak rasanye? Hehe, anda nilai sendiri lah ye :D

Saturday, January 14, 2012

Baru 15 Tahun, Tapi Dah 20 Kali Terlanjur.


MasyaAllah, apa nak jadi dengan dunia sekarang ni, kecil-kecil lagi dah pandai berzina, nauzubillah.

Harian Metro: Tindakan seorang kakak merampas telefon bimbit adik perempuannya membongkar rahsia perbuatan keji gadis terbabit yang terlanjur lebih 20 kali bersama teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu. Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak berkenaan menemui SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar.

Menurut sumber, remaja perempuan berusia 15 tahun yang ketakutan selepas hubungan cinta terlarang itu terbongkar hanya berdiam diri dan menangis teresak-esak. “Ibu bapa mereka yang mengetahui anak gadisnya itu yang menunggu keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terlanjur hanya terdiam.

“Bagaimanapun, abang iparnya mendesak gadis terbabit menghubungi teman lelakinya sebelum mereka menangkap lelaki itu dan membawanya ke Balai Polis Kota Damansara,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, perbuatan keji adiknya terbongkar apabila kakaknya yang menegur sikap gadis itu yang sering tidur lewat kerana bermain komputer terlihat SMS lucah dalam telefon bimbitnya.

Sumber berkata, kakaknya mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar sebelum dimaklumkan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial.

“Perkenalan itu bertukar percintaan sebelum kedua-dua mereka berjumpa secara sembunyi bagi bermadu kasih.

“Sebaik mendengar pengakuan itu, abang iparnya meminta gadis terbabit menghubungi teman lelakinya untuk berjumpa di padang sekolah berhampiran rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, sebaik mereka bertemu teman lelaki adiknya, abang iparnya meminta penjelasan sebelum lelaki terbabit mengaku terlanjur lebih 20 kali bersama gadis itu. Katanya, geram dengan pengakuan itu, lelaki terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro

Sila klik link share dibawah ini untuk manfaat umum.

Pengguna Facebook Dinasihatkan Tidak Menggunakan Aplikasi Anti "Facebook Timeline"


Sindiket penipuan sedang berleluasa di Internet dimana mereka meyakinkan pengguna Facebook Timeline bahawa mereka boleh kembali kepada rupa facebook yang asal dan menyebabkan data pengguna terdedah dan boleh diakses dengan mudah.

Penggodam menggunakan aplikasi di Facebook untuk menawarkan pengguna satu kaedah untuk mengembalikan profil page Timeline Facebook dan kembali ke profil lama. Bentuk penipuan permohonan adalah dengan menggunakan gelaran seperti "Deactivate FB Timeline" dan boleh didapati dengan mudah melalui fungsi carian Facebook. Dengan "Like" permohonan dan berinteraksi dengan arahan pada halaman ini, pengguna secara tidak sengaja memberikan peluang kepada penggodam untuk mengakses profil Facebook dan membenarkan penggodam mengepos mesej spam dengan pautan secara automatik yang akhirnya memberi pulangan wang kepada kumpulan sindiket penipuan ini selepas seseorang mengklik pautan.

Sesetengah aplikasi penipuan yang telah wujud sekurang-kurangnya telah mengumpul lebih 70,000 likes dari pengguna Facebook yang tidak curiga dalam dua minggu. Banyak permohonan akan menggalakkan peminat yang "Like" untuk menjemput rakan-rakan mereka juga. Laman Keselamatan Facebook utama tidak memberi amaran kepada pengguna tentang penipuan ini kerana pihak pengurusan Facebook belum mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memberitahu pengguna bahawa Timeline tidak boleh dinyahaktifkan apabila ciri tersebut telah diaktifkan pada profil pengguna. Facebook Timeline telah mula mendapat sambutan oleh pengguna sejak 15 Disember lalu, tetapi tidak semua pengguna Facebook telah mengaktifkan ciri tersebut. Facebook telah memparkenalkan kemas kini untuk pengguna iPhone yang merangkumi ciri Timeline baru pada profil.

Reaksi orang ramai kepada Timeline Facebook agak negatif sejak ciri baru itu diperkenalkan pada akhir bulan September 2011. Di samping itu, pelancaran Facebook Timeline telah berterusan ditangguhkan oleh pegawai-pegawai syarikat dalam tempoh tiga bulan terakhir 2011. Walau bagaimanapun, pengguna yang telah beralih kepada Facebook Timeline mengambil kesempatan daripada ciri baru seperti gambar muka, memperincikan peristiwa-peristiwa hidup sebelumnya dan meningkatkan keselamatan pada paparan-paparan terdahulu.

Sumber: Yahoo! News << Klik Untuk Lihat artikel asal.

Sila click link share dibawah ini untuk manfaat umum.

Gempar! Kanak-Kanak 10 Tahun Lahirkan Anak!

Seorang gadis Mexico berusia 10 tahun dilaporkan telah melahirkan seorang bayi lelaki selepas hamil selama 31 minggu (kira-kira 7 bulan). Bayi pra-matang seberat 3.3 pound dilahirkan secara pembedahan Caesarian dan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ibu muda tersebut yang dirahsiakan identitinya telah kembali ke kampung halaman selepas melahirkan bayi tersebut tetapi mengunjungi bayi tersebut setiap hari untuk menyusukannya. Pejabat Peguam Negara negeri Puebla kini menyiasat sama ada gadis itu telah dirogol dan siapa bapa bayi tersebut.

Undang-undang di negera Mexico menyebut ibu-ibu muda tidak boleh melakukan pengguguran kecuali perempuan tersebut boleh membuktikan dia adalah mangsa serangan seksual. Umur minimum untuk menyatakan persetujuan pengguguran ialah 12 tahun dan menghadapi hukuman denda atau penjara jika mereka tidak dapat membuktikan mereka telah didera secara seksual. Walau bagaimanapun undang-undang tersebut sedang dikaji semula.

Sumber: Harian Metro

Sila klik link share dibawah ini untuk manfaat umum.

Thursday, January 12, 2012

Kisah Benar: Diserang Wanita Berbogel Ketika Sedang Memasuki Masjid

Disini ingin saya kongsikan sebuah kisah benar yang dipetik dari blog Islamituindah.

Salah satu kisah menarik, yang cukup baik untuk kita ambil iktibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidilharam. Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya (saya disini bermaksud Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din), jadi saya tidak mengenalinya.

Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah, setiap kali hendak masuk ke masjid, dia tiba-tiba sahaja menjadi panik seperti orang yang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah keluar semula dari masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya. Selepas gagal kali pertama, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang di dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya semula. Kejadian aneh ini berlaku berulang-ulang kali selama hampir seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang di dalam Masjidilharam.

Melihat keadaan yang sungguh aneh itu, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus melakukannya. Sebaliknya saya cuba mendapat maklumat mengenai lelaki tersebut terlebih dahulu. Saya sengaja berbuat demikian sebab saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia menjadi sedemikian rupa. Jadi saya suruh kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu. Kawan saya pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan minta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu untuk bercerita, tapi selepas dipujuk akhirnya dia bersetuju. Ceritanya amat memalukan tapi memberi banyak pengajaran.

Sebenarnya lelaki berkenaan mempunyai hobi yang sangat buruk iaitu menonton filem lucah. Filem lucah sudah jadi macam makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah. Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali hendak memasuki Masjidilharam, dia tiba-tiba sahaja ternampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan melarikan diri.

Selepas mengetahui kedudukan sebenarnya, barulah saya ubatkan lelaki tadi. Saya diberitakan selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid. Itupun cuma sampai ke pintu. Subhanallah.

Diceritakan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Sumber: Islamituindah << Klik untuk ke artikel asal.

Kipas Angin Tanpa Bilah. Inovasi Terbaru Dari James Dyson.

Pencipta dari Britain yang menghasilkan pembersih vakum tanpa beg, Sir James Dyson kini memperkenalkan peralatan rumah terbaru rekaannya iaitu kipas angin elektrik tanpa bilah. Semasa melancarkan produk tersebut di London, Dyson berkata kipas tersebut yang dinamakan Dyson Air Multiplier mampu menghasilkan angin yang kuat.

Dyson mendapat idea untuk mencipta kipas itu selepas meneliti alat pengering tangan yang menyedut banyak angin disekitarnya. Selain senyap, produk itu juga lebih selamat berbanding kipas angin biasa kerana ia tidak mempunyai bilah yang boleh mencederakan jari jika disentuh oleh kanak-kanak.

Ia berfungsi dengan menolak udara sehingga mencecah kelajuan 35.2 kilometer sejam melalui bukaan kecil selebar 1.3 milimeter di sekelilingnya. Kipas angin berharga ₤199 (RM1,066) itu mula dijual di beberapa kedai utama di London.

Dianggarkan memiliki kekayaan mencecah ₤500 juta (RM2.6 billion), Dyson yang berusia 62 tahun muncul sebagai pereka terbaik Britain susulan kejayaannya mencipta pembersih vakum tanpa beg yang direkanya sekitar tahun 1990-an.

Sumber: Design.spotcoolstuff.com

Wednesday, January 11, 2012

Zalim! Pak Arab Jual Anak Menerusi Facebook!

MasyaAllah, apa nak jadi dengan dunia skarang ni. Sanggup jual anak sendiri. Kalau orang barat takpe, ni orang Islam kita sendiri, Arab pulak tu, sungguh memalukan!


RIYADH: Seorang lelaki Arab Saudi cuba menjual anaknya di Facebook dengan harga AS$20 juta (RM60 juta) bagi mengelak untuk hidup dalam kemiskinan selepas perniagaan yang dijalankannya secara haram ditutup.

Saud bin Nasser Al Shahry mendakwa langkah itu adalah satu-satunya cara untuk membolehkannya terus menyara isteri dan anak perempuannya. Menurutnya, dia bersedia ke mahkamah untuk menjual anaknya. Saud bagaimanapun menetapkan satu syarat iaitu dia mahu tahu di bandar mana pembeli itu menetap.

Lelaki berkenaan mengambil keputusan itu selepas bertanya sama ada pihak berkuasa boleh membantunya dari segi kewangan apabila perniagaan memungut hutang yang dijalankannya ditutup, katanya kepada cawangan akhbar Qatar di Riyadh, Al-Sharq.

Permohonannya ditolak kerana usianya sudah melebihi 35 tahun. Setakat ini tidak jelas sama ada tindakannya hanya gimik, atau jika benar, adakah beliau boleh menjual anaknya tanpa tindakan undang-undang. Pemerdagangan manusia adalah satu kesalahan di Arab Saudi tetapi negara itu tidak memenuhi standard minimum antarabangsa, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Dalam laporan terbaru yang dipetik dalam Venture Bear, jabatan itu berkata, Arab Saudi masih tidak mempunyai undang-undang pemerdagangan manusia secukupnya dan walaupun terdapat bukti kegiatan pemerdagangan yang berleluasa, negara itu tidak melaporkan sebarang pendakwaan jenayah, hukuman atau hukuman penjara untuk jenayah itu yang dilakukan terhadap pembantu rumah asing.

Dalam pada itu, Facebook tidak mungkin membenarkan penjualan seumpama itu dilakukan menerusi laman webnya. Menurut kenyataannya mengenai Hak dan Tanggungjawab, pengguna tidak dibenarkan meletakkan kandungan atau mengambil sebarang tindakan dalam Facebook yang melanggar hak asasi orang lain atau yang melanggar undang-undang.

Hampir separuh daripada kanak-kanak Saudi berdepan dengan keganasan rumah tangga atau penderaan lain, kata kumpulan hak asasi negara itu, Persatuan Kebangsaan Untuk Hak Asasi. - AN


Sumber: Harian Metro

Khairul Fahmi & Safee Sali Diisytihar Penjaga Gol & Penyerang Terbaik Asia! Syabas!

Penyerang dan penjaga gol sensasi Malaysia Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat hari ini disenaraikan dalam kesebelasan terbaik Asia "Asian Best XI for 2011" di laman popular bola sepak Goal.com. Mereka diundi dalam undian yang bermula pada hari Selasa 3 Januari 2012 yang lepas, dan berakhir semalam.

Sebelum ini, laman web tersebut meletakkan Khairul Fahmi sebagai terbaik Asia bagi pasukan bawah-23. Berikut adalah kesebelasan utama yang dipilah oleh pengundi:




Klik Sini untuk paparan asal di Goal.com

Empat Tahun Bergelap!

Bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba. Begitulah situasi yang dapat digambarkan penduduk di tanah rancangan Felda Lui Selatan, dekat sini, yang masih tidak mendapat kemudahan lampu jalan walaupun sudah menunggu lebih empat tahun lalu.

Apa yang lebih mengecewakan impian untuk mendapatkan kemudahan itu bagai tidak diendahkan apabila tiada sebarang jawapan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan walaupun penduduk mendakwa sudah mengemukakan permohonan dan permasalahan dihadapi sejak empat tahun lalu.

Penduduk, Abdul Kadir Abdul Rashid, 58, melahirkan rasa kecewa apabila impian melihat laluan masuk ke Felda Lui Selatan diterangi lampu tidak kesampaian apabila tiada tindak balas positif daripada PBT.

“Sejak saya masuk Felda kira-kira 29 tahun lalu, laluan utama dari jalan besar ke ke Felda Lui Selatan memang tiada lampu jalan.

“Berikutan itu, kami mengemukakan permohonan kepada pihak berkenaan berikutan laluan berkenaan kerap berlaku kemalangan terutama membabitkan penunggang motosikal kerana keadaannya agak gelap.

“Kami khuatir kadar kemalangan di laluan berkenaan akan terus meningkat jika kawasan itu terus berkeadaan gelap,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Rosli Jamal, 50, mendakwa masalah lampu jalan itu perlu diberikan perhatian oleh pihak berkuasa kerana selain isu kemalangan jalan raya, pengguna juga terdedah kepada elemen jenayah seperti rompakan. Menurutnya, selain itu ketiadaan lampu jalan menyukarkan orang luar untuk datang di perkampungan itu terutama pada waktu malam, sekali gus boleh menjejaskan imej tanah rancangan terbabit.

“Apa yang kami minta adalah kemudahan yang sangat penting bukan saja untuk kami, malah untuk kepentingan pengguna lain,” katanya.

Zaleha Jantan, 50, pula berharap pihak berkenaan dapat memberikan pertimbangan dengan meluluskan segera pemasangan lampu jalan di kawasan itu.

“Kami tidak meminta lampu cantik, cukup sekadar jalan ini terang. Saya sendiri risau apabila melalui kawasan ini pada waktu malam kerana ia sunyi dan gelap, sekali gus memungkinkan terdedah kepada kejadian jenayah,” katanya.

Mengulas mengenai masalah penduduk terbabit, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad berharap supaya pihak terbabit dapat mempercepatkan pemasangan lampu jalan di kawasan berkenaan. Beliau berkata, pihaknya juga sudah memanjangkan permohonan dan aduan penduduk di tanah rancangan yang memerlukan kemudahan lampu jalan.

“Saya juga sudah mengemukakan permohonan, tetapi setakat ini tiada lagi perkembangan atau kerja pemasangan lampu itu di laluan berkenaan.

“Selain Lui Selatan, saya berharap juga berharap mereka dapat memasang lampu jalan di beberapa kawasan gelap antara Lui Barat ke Sungai Lui,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Toyota Perkenal Empat Model Baru

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota Motor), pengedar dan pemasang kenderaan Toyota serta Lexus di Malaysia akan memperkenalkan empat lagi model baru tahun ini khususnya kereta penumpang selari dengan sasaran syarikat menjual kira-kira 93,000 unit tahun ini.

Presiden UMW Toyota Motor, Ismet Suki berkata, sebagai permulaan, syarikat akan melancarkan model kereta sedan versi Hibrid Prius C yang lebih kecil berbanding model Prius sedia ada bulan depan dan pada masa sama menambah baik sesetengah model sedia.

“Syarikat merekodkan jualan 89,000 unit tahun lalu, sekali gus melepasi paras jangkaan awal meskipun berlaku gangguan terhadap rantaian bekalan komponen akibat Tsunami di Jepun dan banjir di Thailand baru-baru ini,” katanya selepas majlis pelancaran model Toyota Avanza baru oleh Pengerusi UMW Toyota, Tan Sri Asmat Kamaludin di Subang Jaya, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Takashi Hibi dan Ketua Jurutera Toyota Motor Corporation Japan, Kaoru Hosokawa.

Sumber: Harian Metro

Hotel 30 Tingkat Siap Dalam Masa Hanya 15 Hari!


Sebuah syarikat pembinaan China, sekali lagi mencatat rekod dunia apabila berjaya menyiapkan pembinaan bangunan hotel setinggi 30 tingkat hanya dalam tempoh 15 hari atau 360 jam.
Hotel Ark, seluas 17,000 meter persegi yang dibina oleh Broad Group, syarikat pakar seni bina, siap dalam 15 hari selepas sebelum ini mencipta rekod membina bangunan hotel setinggi 15 tingkat juga dalam tempoh 15 hari.

Apa yang lebih menarik, bangunan itu berjaya disiapkan tanpa sebarang kecederaan di kalangan pekerja dan ia mampu bertahan dalam gempa bumi sekuat 9 pada skala Richter.

Semua bahan yang digunakan adalah daripada jenis pasang siap di mana bahan-bahan binaan terlebih dahulu diproses di kilang dan pekerja hanya perlu menyambungkan komponen-komponen tersebut untuk menjadikannya satu bangunan.
Untuk menyiapkan struktur komponen utama, ia hanya mengambil masa 46 jam dan tempoh 90 jam lagi digunakan untuk menyiapkan bahagian luaran. Struktur bangunan itu juga kalis bunyi dan mampu menebat arus udara panas, selain mempunyai pemantau kualiti udara di setiap bilik hotel.

Sumber: Chariweb.com

Seorang Lelaki Iklan Kematian Ibu Untuk Elak Dibuang Kerja!


Kerana tidak tahu cara terbaik untuk memberi alasan kerana tidak hadir bekerja, Scott Bennett bertindak dengan menyiarkan notis kematian ibunya dalam sebuah akhbar tempatan.

Bagaimanapun, tindakannya itu memakan diri apabila rakan dan sanak saudara menghulurkan ucapan takziah dengan menelefon rumah keluarganya dan dijawab oleh ibunya yang berada dalam keadaan sihat. Wanita itu kemudian ke pejabat akhbar untuk membuktikan dia masih lagi hidup.

Pihak berkuasa dimaklumkan mengenai hal itu dan kini, polis Brookville di Pennsylvania, mendakwa Bennett, 45, atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh. Tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu akan digantung kerja atau dipecat oleh majikannya.

Bennett menyiarkan nota kematian itu kerana tidak mahu dibuang kerja selepas ponteng, kata polis. Pengarang akhbar Jeffersonian Democrat, Randy Barley berkata, dia bersetuju menyiarkan notis itu kerana mempercayai Bennett meskipun tidak dapat mengesahkan urusan pengebumian.

Katanya, ibu Bennett yang datang ke pejabat akhbar itu, diberi penerangan mengenai apa yang berlaku dan dia dapat memahaminya.

Sumber: Harian Metro

Tuesday, January 10, 2012

Wanita Irish Berusia 25 Tahun Terperangkap Dalam Badan Kanak-Kanak 12 Tahun!

Seorang wanita dari Kilkenny, sebuah bandar di Ireland baru-baru ini telah menggemparkan penduduk-penduduk di sekitar Eropah dengan kenyataannya kepada awam baru-baru ini.

Wanita tersebut yang berusia 25 tahun yang dikenali dengan nama Kate Quinn mempunyai ketinggian hanya 4'9'' inci dan tidak pernah akil baligh mahupun datang haid.

Quinn dipercayai menghidap penyakit yang jarang ditemui yang dikenali sebagai Caudal Regression Syndrome yang mengakibatkan tumbesaran abnormal pada tulang belakang (lower spine). Bercakap kepada Irish Independent, Quinn menyatakan hasratnya untuk menjadi seperti wanita lain yang sebaya dengannya.

Berikut kenyataan Quinn pada sidang akhbar Irish Independent:

"The longer it goes on, the worse you feel because at 12 or 14 you feel you might develop but now at 25 you start wondering if it's too late and ask yourself if you'll ever develop.

When you're a girl, you want to develop into a woman, so when that didn't happen, I was just left there.

My body has yet to develop to the age it should be at, so I kind of hide away. I never was able to go and buy a bra, because I don't even fit into the first bra you would wear.

I've been in limbo with this problem since I was 14 and still there don't seem to be any answers."


Sumber: Irishcentral

Dengan Suntikan Hormon: Lelaki Ini Bertukar Kepada Seorang Wanita Dalam 14 Bulan!

Lihatlah dunia sekarang, ape nak jadi dengan dunia kita ni? Subhanallah.

Anda lihat sendiri transformasi seorang lelaki kepada seorang wanita.



Disini saya sertakan Link Channel Youtube "Wanita" Tersebut: Minorqback << Klik Untuk Link ke YouTube Channel "Wanita" Terbabit.

Iklan Nando’s Tampil ‘Gaddafi’ Dan ‘Saddam Hussein'’

Sempena perayaan Krismas yang lepas, Nando’s Afrika Selatan menayangkan satu iklan agak kontroversi yang menunjukkan beberapa pemimpin yang sudah meninggal dunia seperti Saddam Hussein dan Kolonel Muammar Gaddafi bergurau-senda antara satu sama lain.

Iklan televisyen selama 45 saat itu, yang dinamakan ‘Last Dictator Standing’ (Diktator Terakhir Bertahan), dimulakan dengan seorang yang menyerupai Robert Mugabe (Presiden Zimbabwe) mengutip kad nama Kolonel Gaddafi dengan sayu dari sebuah meja makan kosong. Dalam satu turutan mimpi beliau bertemu dengan diktator Libya itu yang memulakan pergaduhan dengan senjata air AK-47 bersalut emas.

Mugabe kemudian dilihat bermain-main dengan Saddam Hussein, pemimpin aparteid Afrika Selatan P. W. Botha dan bekas Presiden Uganda, Idi Amin sebelum turutan mimpinya tamat. Hidangan Nando’s 6 kemudian muncul di hujung iklan itu.



“Salah satu berita dunia terbesar 2011 ialah kejatuhan diktator di seluruh dunia kerana rakyat biasa telah mengambil semula kuasa mereka,” kata Nando’s Afrika Selatan.

“Dengan gaya sebenar Nando’s, pergerakan ke arah demokrasi ini tidak boleh terlepas dari diberikan komen dan Nando’s menyasarkan para diktator berkenaan dalam kempen terbarunya.

“Idea utama kempen musim perayaan Nando’s mengisahkan seorang diktator Afrika tertentu, biar kami memanggilnya ‘Bob’, menganjurkan jamuan makan malam untuk beberapa rakan yang sependapat dan dia mengimbau saat indahnya bersama mereka,”.

Nando’s Afrika Selatan telah memberikan respon gurauan kepada penyingkiran Julius Malema dari Kongres Kebangsaan Afrika, dengan menyiarkan satu iklan yang menyatakan “Juju, anda telah dilayan”.

Syarikat tersebut juga telah memberikan respons kepada Rang Undang-undang Perlindungan Informasi Negeri Afrika Selatan (dirujuk sebagai “rang undang-undang rahsia”) dengan menyiarkan satu iklan dengan perkataan-perkataan dihitamkan – mengejek penapisan dalam media.

Seorang jurucakap Nando’s UK mengesahkan yang tidak ada sebarang rancangan untuk membawa iklan tersebut ke Britain.

Sumber: Mynewshub.my