Tuesday, January 10, 2012

Iklan Nando’s Tampil ‘Gaddafi’ Dan ‘Saddam Hussein'’

Sempena perayaan Krismas yang lepas, Nando’s Afrika Selatan menayangkan satu iklan agak kontroversi yang menunjukkan beberapa pemimpin yang sudah meninggal dunia seperti Saddam Hussein dan Kolonel Muammar Gaddafi bergurau-senda antara satu sama lain.

Iklan televisyen selama 45 saat itu, yang dinamakan ‘Last Dictator Standing’ (Diktator Terakhir Bertahan), dimulakan dengan seorang yang menyerupai Robert Mugabe (Presiden Zimbabwe) mengutip kad nama Kolonel Gaddafi dengan sayu dari sebuah meja makan kosong. Dalam satu turutan mimpi beliau bertemu dengan diktator Libya itu yang memulakan pergaduhan dengan senjata air AK-47 bersalut emas.

Mugabe kemudian dilihat bermain-main dengan Saddam Hussein, pemimpin aparteid Afrika Selatan P. W. Botha dan bekas Presiden Uganda, Idi Amin sebelum turutan mimpinya tamat. Hidangan Nando’s 6 kemudian muncul di hujung iklan itu.



“Salah satu berita dunia terbesar 2011 ialah kejatuhan diktator di seluruh dunia kerana rakyat biasa telah mengambil semula kuasa mereka,” kata Nando’s Afrika Selatan.

“Dengan gaya sebenar Nando’s, pergerakan ke arah demokrasi ini tidak boleh terlepas dari diberikan komen dan Nando’s menyasarkan para diktator berkenaan dalam kempen terbarunya.

“Idea utama kempen musim perayaan Nando’s mengisahkan seorang diktator Afrika tertentu, biar kami memanggilnya ‘Bob’, menganjurkan jamuan makan malam untuk beberapa rakan yang sependapat dan dia mengimbau saat indahnya bersama mereka,”.

Nando’s Afrika Selatan telah memberikan respon gurauan kepada penyingkiran Julius Malema dari Kongres Kebangsaan Afrika, dengan menyiarkan satu iklan yang menyatakan “Juju, anda telah dilayan”.

Syarikat tersebut juga telah memberikan respons kepada Rang Undang-undang Perlindungan Informasi Negeri Afrika Selatan (dirujuk sebagai “rang undang-undang rahsia”) dengan menyiarkan satu iklan dengan perkataan-perkataan dihitamkan – mengejek penapisan dalam media.

Seorang jurucakap Nando’s UK mengesahkan yang tidak ada sebarang rancangan untuk membawa iklan tersebut ke Britain.

Sumber: Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment