Thursday, January 12, 2012

Kipas Angin Tanpa Bilah. Inovasi Terbaru Dari James Dyson.

Pencipta dari Britain yang menghasilkan pembersih vakum tanpa beg, Sir James Dyson kini memperkenalkan peralatan rumah terbaru rekaannya iaitu kipas angin elektrik tanpa bilah. Semasa melancarkan produk tersebut di London, Dyson berkata kipas tersebut yang dinamakan Dyson Air Multiplier mampu menghasilkan angin yang kuat.

Dyson mendapat idea untuk mencipta kipas itu selepas meneliti alat pengering tangan yang menyedut banyak angin disekitarnya. Selain senyap, produk itu juga lebih selamat berbanding kipas angin biasa kerana ia tidak mempunyai bilah yang boleh mencederakan jari jika disentuh oleh kanak-kanak.

Ia berfungsi dengan menolak udara sehingga mencecah kelajuan 35.2 kilometer sejam melalui bukaan kecil selebar 1.3 milimeter di sekelilingnya. Kipas angin berharga ₤199 (RM1,066) itu mula dijual di beberapa kedai utama di London.

Dianggarkan memiliki kekayaan mencecah ₤500 juta (RM2.6 billion), Dyson yang berusia 62 tahun muncul sebagai pereka terbaik Britain susulan kejayaannya mencipta pembersih vakum tanpa beg yang direkanya sekitar tahun 1990-an.

Sumber: Design.spotcoolstuff.com

No comments:

Post a Comment