Wednesday, January 11, 2012

Toyota Perkenal Empat Model Baru

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota Motor), pengedar dan pemasang kenderaan Toyota serta Lexus di Malaysia akan memperkenalkan empat lagi model baru tahun ini khususnya kereta penumpang selari dengan sasaran syarikat menjual kira-kira 93,000 unit tahun ini.

Presiden UMW Toyota Motor, Ismet Suki berkata, sebagai permulaan, syarikat akan melancarkan model kereta sedan versi Hibrid Prius C yang lebih kecil berbanding model Prius sedia ada bulan depan dan pada masa sama menambah baik sesetengah model sedia.

“Syarikat merekodkan jualan 89,000 unit tahun lalu, sekali gus melepasi paras jangkaan awal meskipun berlaku gangguan terhadap rantaian bekalan komponen akibat Tsunami di Jepun dan banjir di Thailand baru-baru ini,” katanya selepas majlis pelancaran model Toyota Avanza baru oleh Pengerusi UMW Toyota, Tan Sri Asmat Kamaludin di Subang Jaya, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Takashi Hibi dan Ketua Jurutera Toyota Motor Corporation Japan, Kaoru Hosokawa.

Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment